Home » Menu » Menu Tetap » Biografi Penubuhan PPDQ

Biografi Penubuhan PPDQ

Persatuan Pelajar Darul Quran atau singkatannya PPDQ mula ditubuhkan secara rasmi pada 6 April 1988M setelah mesyuarat guru-guru memutuskan untuk menubuhkannya pada 4 April 1988M. Penubuhan ini telah diasaskan oleh beberapa orang pimpinan pelajar generasi pertama. Antara mereka yang terlibat ialah Nik Mohd Nor bin Nik Mat, Abd. Fatah bin Awang, Wan Zawawi bin Wan Hassan dan beberapa orang lagi. Nama rasmi yang telah digunakan pada asalnya ialah Persatuan Induk Pelajar Darul Quran (PIPDQ), akan tetapi nama PPDQ lebih kerap digunakan berbanding dengan PIPDQ. Pada tahun 1991, nama PPDQ telah digunakan secara rasminya.

Di peringkat awal penubuhannya, PPDQ berada di bawah pengawasan Badan Disiplin Maahad Darul Quran. Ketika itu Badan Disiplin Maahad Darul Quran dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Che Ghani. Setelah empat tahun berlalu, PPDQ telah diletakkan di bawah pengawasan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Maahad Darul Quran.

Dari sudut kepimpinan, PPDQ sentiasa mengalami arus perubahan, bermula dari lapan orang exco pada peringkat awal dan sepuluh orang exco pada tahun berikutnya, iaitu pada tahun 1989M. Pada tahun 1990M pula PPDQ diterajui oleh dua belas orang exco. Kemudian bermula pada tahun 1992M hingga 1995M bilangan exco PPDQ bertambah kepada lima belas orang. Bilangan PPDQ ditambah lagi kepada enam belas orang exco pada tahun 1996M. Kini bilangan tersebut bertambah sehingga 17 orang exco kekal hingga kini. Pertambahan exco PPDQ adalah mengikut keperluan serta bagi memantapkan jentera dan mengemaskinikan sistem organisasi kepimpinan pelajar di Maahad Darul Quran.