Home » Uncategorized » Haji Terakhirku….
Haji Terakhirku….

Haji Terakhirku….

Ibadat haji yang dibawa oleh Nabi Allah Ibrahim A.S mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah


Pada tahun tersebut Rasulullah S.A.W. bersama-sama lebih kurang 1500 orang telah berangkat ke Makkah untuk menunaikan fardhu haji tetapi tidak dapat mengerjakannya kerana telah dihalang oleh kaum Quraisy sehinggalah mewujudkan satu perjanjian yang dinamakan perjanjian Hudaibiah.

Perjanjian itu membuka jalan bagi perkembangan Islam di mana pada tahun berikutnya ( Tahun ke-7 Hijrah ), Rasulullah telah mengerjakan Umrah bersama-sama 2000 orang umat Islam.

Pada tahun ke-9 Hijrah barulah ibadat Haji dapat dikerjakan di mana Rasulullah S.A.W. mengarahkan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq mengetuai 300 orang umat Islam mengerjakan haji.

Nabi kita Muhammad S.A.W telah menunaikan fardhu haji sekali sahaja semasa hayat Baginda. Haji itu dinamakan “Hijjatul Wada'” kerana selepas itu tidak berapa lama kemudian baginda pun wafat. Baginda telah berangkat ke Mekah bersama isteri , sahabat-sahabatnya serta kaum Muslimin. seramai lebih 90,000

Semasa Baginda di sana ( Mekah ) maka turunlah wahyu yang terakhir sebagaimana Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al Maidah ayat 3

أَلـيَومَ أكمـَلـْتُ لـَكـُم دِينـَكـُم وَأتمَمْتُ عـَلَيكـُم نِعْمـَتِي وَرَضِيْتُ لـَكـُمُ الإسـْلاَمَ دِيْناً

Maksudnya

“Pada hari Ini Telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan Telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan Telah Ku-redhai Islam itu sebagai agama bagimu” … Surah AlMaidah ayat 3

Ayat ini diturunkan pada tahun 10 Hijrah iaitu setelah sepuluh tahun berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah ke Madinah. Sungguhpun diturunkan di Mekah, namun ayat ini tetap dikatogerikan sebagai surah Madaniah. Ini adalah kerana ayat ini diturunkan selepas hijrahnya Rasul ke Madinah meskipun ianya diturunkan di Mekah.

Selain daripada Surah Al Maidah ayat 3 ada ayat lain yang berkait rapat dengan peristiwa Hajjatul Wida’.
Surah Al Baqarah ayat 281 juga diturunkan di Mekah ( di satu kawasan bernama Mina ) pada tahun 10.

Sama seperti Surah Al Maidah ayat 3, ayat ini dan seluruh ayat dalan Surah Al Baqarah merupakan Surah Madaniah iktibar penurunannya selepas hijrahnya Baginda Rasul ke Madinah dan ini menguatkan lagi hujjah-hujjah pendapat yang kedua sebagaimana yang telah dibincangkan pada artikel lalu.

Kesimpulan yang dapat diambil bahawa Surah Makiah adalah surah-surah yang diturunkan sebelum hijrahnya Rasul dan Surah Madaniah adalah surah-surah yang diturunkan semasa dan selepas hijrahnya Baginda Rasul ke Madinah Munawwarah.
والله أعلم