Home » Menu » Menu Tetap » INFO & SYARAT KEMASUKAN MARHALAH I’DADIYYAH

INFO & SYARAT KEMASUKAN MARHALAH I’DADIYYAH

INFO (ringkas) MARHALAH I’DADIYYAH

  1. MARHALAH I’DADIYYAH merupakan tahap pendidikan MENENGAH PERINGKAT RENDAH
  2. Di MDQ Marhalah I’dadiyyah merupakan pelajar dari TINGKATAN 1, 2 & 3, atau dalam bahasa arab (AWAL I’DADI, THANI I’DADI, THALITH I’DADI)
  3. Sistem pengajian kelas tahap I’dadi adalah diasingkan antara lelaki & perempuan
  4. Kepada sesiapa yang berminat, borang kemasukan boleh diisi secara online di www.mdarulquran.net.my atau klik sahaja DI SINI atau pergi ke pejabat MDQ (Tingkat 1 Masjid Rusila pada waktu pejabat (8:00am-1:00pm) untuk dapatkan borang bertulis

SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN BAGI MARHALAH I’DADIYYAH ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  1. Ikhlas kerana Allah SWT untuk belajar di Maahad Darul Quran, Rusila, Terengganu (MDQ)
  2. Bagi AWAL I’DADI (Tingkatan 1) pemohon mestilah sudah menduduki Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam (UPSRi) atau selayak dengannya.
  3. Bagi THANI & THALITH I’DADI (Tingkatan 2 & 3) pemohon mestilah sudah menduduki Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam (UPSRi) atau selayak dengannya dan telah mempunyai pendidikan asas Agama Islam dan Bahasa Arab peringkat tahap tingkatan sebelumnya
  4. Lulus sesi TEMUDUGA TERBUKA yang diadakan oleh pihak Jabatan Pengambilan Pelajar Baru MDQ setiap penghujung tahun
  5. Mempunyai asas pengajian pendidikan dalam bahasa Arab (setaraf pencapaian), boleh membaca dan menulis Al Quran serta jawi dengan jelas dan betul
  6. BONUS boleh bertutur dalam Trio Bahasa (Bahasa Arab, Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris) dan khatam membaca atau menghafaz 30 juzuk Al Quran
  7. Dan lain-lain

PERKARA YANG PERLU DIBAWA & DISERAHKAN SEMASA TEMUDUGA:

  1. Salinan Surat Beranak Pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  3. Salinan keputusan peperiksaan UPSR atau UPSRI (yang berkaitan dengan syarat)
  4. Salinan keputusan peperiksaan terakhir
  5. Salinan Surat atau Sijil Berhenti sekolah (terakhir)
  6. Salinan Kad Pengenalan Ibu, Bapa atau penjaga