Home » Menu » Menu Tetap » INFO & SYARAT KEMASUKAN MARHALAH TAHFIZ WADDIRASAT

INFO & SYARAT KEMASUKAN MARHALAH TAHFIZ WADDIRASAT

INFO (ringkas) MARHALAH TAHFIZ WADDIRASAT

  1. MARHALAH TAHFIZ WADDIRASAT merupakan tahap pendidikan QIRAAT, HAFAZAN SERTA MENDALAMI ILMU 30 JUZUK AL QURAN & PENGAJIAN ILMU AKADEMIK Secara Khusus
  2. Marhalah Tahfiz WadDirasat ini merupakan aliran khas yang baru sahaja menjangkau 7 tahun penubuhan (sejak dari tahun 2009)
  3. Sistem pengajian kelas tahap Tahfiz WadDirasat adalah diasingkan antara lelaki & perempuan (bermula sesi pengajian 2011)
  4. Semua pelajar tahap Tahfiz WadDirasat juga diasingkan dari sudut penempatan bilik asrama & kelas yang khusus
  5. Sistem waktu pengajian kelas juga berbeza
  6. Kepada sesiapa yang berminat, borang kemasukan boleh diisi secara online di www.mdarulquran.net.my atau klik sahaja DI SINI atau pergi ke pejabat MDQ (Tingkat 1 Masjid Rusila pada waktu pejabat (8:00am-1:00pm) untuk dapatkan borang bertulis dengan bayaran RM1.

SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN BAGI MARHALAH TAHFIZ WADDIRASAT ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  1. Ikhlas kerana Allah SWT untuk belajar di Maahad Darul Quran, Rusila, Terengganu (MDQ)
  2. Pemohon WAJIB KHATAM AL QURAN 30 JUZUK dan boleh membaca Al Quran dengan lancar
  3. Bagi pemohon lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) syarat layak mengisi BORANG PENDAFTARAN mestilah mendapat sekurang-kurangnya 3A Cemerlang ke atas dan mempunyai daya kekuatan menghafaz yang baik
  4. Bagi pemohon lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam (UPSRi) syarat layak mengisi BORANG PENDAFTARAN mestilah mendapat sekurang-kurangnya 5A Cemerlang ke atas dan mempunyai daya kekuatan menghafaz yang baik
  5. Bagi AWAL TAHFIZ WADDIRASAT (Tingkatan 1) pemohon mestilah sudah menduduki Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mendapat keputusan 3A Cemerlang atau Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam (UPSRi) dan mendapat keputusan 5A Cemerlang, atau selayak dengannya.
  6. Bagi pemohon SELAIN Awal Tahfiz Waddirasat (Tingkatan 1) sila ikuti syarat tambahan berikut:

    1. THANI TAHFIZ WADDIRASAT (Tingkatan 2)
    Pemohon mestilah daripada lepasan (Tingkatan 1) pengajian di institusi / Sekolah Menengah Agama Islam & Bahasa Arab atau selayak dengannya dan TELAH MENGHAFAZ 10 JUZUK AL QURAN mempunyai Pendidikan Agama Islam dan Bahasa Arab peringkat tahap tingkatan sebelumnya

    2. THALITH TAHFIZ WADDIRASAT (Tingkatan 3)
    Pemohon mestilah daripada lepasan (Tingkatan 2) pengajian di institusi / Sekolah Menengah Agama Islam & Bahasa Arab atau selayak dengannya dan TELAH MENGHAFAZ 15 JUZUK AL QURAN mempunyai Pendidikan Agama Islam dan Bahasa Arab peringkat tahap tingkatan sebelumnya

    3. RABI’ TAHFIZ WADDIRASAT (Tingkatan 4)
    Pemohon mestilah daripada lepasan (Tingkatan 3) pengajian di institusi / Sekolah Menengah Agama Islam & Bahasa Arab atau selayak dengannya dan TELAH MENGHAFAZ 20 JUZUK AL QURAN mempunyai Pendidikan Agama Islam dan Bahasa Arab peringkat tahap tingkatan sebelumnya

    4. KHAMIS TAHFIZ WADDIRASAT (Tingkatan 5)
    Pemohon mestilah daripada lepasan (Tingkatan 4) pengajian di institusi / Sekolah Menengah Agama Islam & Bahasa Arab atau selayak dengannya dan TELAH MENGHAFAZ 25 JUZUK AL QURAN mempunyai Pendidikan Agama Islam dan Bahasa Arab peringkat tahap tingkatan sebelumnya

    5. SAADIS TAHFIZ WADDIRASAT (Tingkatan 6)
    Pemohon mestilah daripada lepasan (Tingkatan 5) pengajian di institusi / Sekolah Menengah Agama Islam & Bahasa Arab atau selayak dengannya dan TELAH MENGHAFAZ 30 JUZUK AL QURAN mempunyai Pendidikan Agama Islam dan Bahasa Arab peringkat tahap tingkatan sebelumnya.

    PENETAPAN PELAJAR TAHFIZ TERTAKLUK MENGIKUT TAHAP KEDUDUKAN KELAS ADALAH TERTAKLUK KEPADA PENILAIAN YANG DISELIA OLEH JABATAN TAHFIZ WAD DIRASAT ISLAMIAH

  7. Lulus sesi TEMUDUGA TERBUKA yang diadakan oleh pihak Jabatan Pengambilan Pelajar Baharu MDQ setiap penghujung tahun
  8. Mempunyai asas pengajian pendidikan dalam bahasa Arab (setaraf pencapaian), boleh membaca dan menulis Al Quran serta jawi dengan jelas dan betul
  9. BONUS boleh bertutur dalam Trio Bahasa (Bahasa Arab, Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris) atau menghafaz 30 juzuk Al Quran
  10. Dan lain-lain

PERKARA YANG PERLU DIBAWA & DISERAHKAN SEMASA TEMUDUGA:

  1. Salinan Surat Beranak Pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  3. Salinan keputusan peperiksaan UPSR atau UPSRI (yang berkaitan dengan syarat)
  4. Salinan keputusan peperiksaan terakhir
  5. Salinan Surat atau Sijil Berhenti sekolah (terakhir)
  6. Salinan Kad Pengenalan Ibu, Bapa atau penjaga