Home » Menu » Menu Tetap » INFO & SYARAT KEMASUKAN MARHALAH THANAWIYYAH

INFO & SYARAT KEMASUKAN MARHALAH THANAWIYYAH

INFO (ringkas) MARHALAH THANAWIYYAH

  1. MARHALAH THANAWIYYAH merupakan tahap pendidikan MENENGAH PERINGKAT TINGGI
  2. Di MDQ Marhalah Thanawiyyah merupakan pelajar dari TINGKATAN 4, 5, 6 & 6 atas, atau dalam bahasa arab (AWAL THANAWI, THANI THANAWI, THALITH THANAWI & RABI’ THANAWI)
  3. Sebagaimana kelas tahap I’dadi, kelas tahap thanawi juga diasingkan antara lelaki & perempuan
  4. Kepada sesiapa yang berminat, borang kemasukan boleh diisi secara online di www.mdarulquran.net.my atau klik sahaja DI SINI atau pergi ke pejabat MDQ (Tingkat 1 Masjid Rusila pada waktu pejabat (8:00am-1:00pm) untuk dapatkan borang bertulis

SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN BAGI MARHALAH THANAWIYYAH ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  1. Ikhlas kerana Allah SWT untuk belajar di Maahad Darul Quran, Rusila, Terengganu (MDQ)
  2. Bagi AWAL & THANI THANAWI (Tingkatan 4 & 5) pemohon mestilah sudah menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Agama (SRA) atau Syahadah I’dadiyyah (Tingkatan 3) atau selayak dengannya.
  3. Bagi THALITH & RABI’ THANAWI (Tingkatan 6 & 6 atas) pemohon mestilah sudah menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Menengah (SPM) atau Sijil Menengah Agama (SMA) atau selayak dengannya.
  4. Lulus sesi TEMUDUGA TERBUKA yang diadakan oleh pihak Jabatan Pengambilan Pelajar Baru MDQ setiap penghujung tahun
  5. Mempunyai asas pengajian pendidikan dalam bahasa Arab (setaraf pencapaian), boleh membaca dan menulis Al Quran serta jawi dengan jelas dan betul
  6. BONUS boleh bertutur dalam Trio Bahasa (Bahasa Arab, Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris)
  7. Dan lain-lain

PERKARA YANG PERLU DIBAWA & DISERAHKAN SEMASA TEMUDUGA:

  1. Salinan Surat Beranak Pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  3. Salinan keputusan peperiksaan PMR, SPM, SRA, Syahadah I’dadiyyah (yang berkaitan dengan syarat)
  4. Salinan keputusan peperiksaan terakhir
  5. Salinan Surat atau Sijil Berhenti sekolah (terakhir)
  6. Salinan Kad Pengenalan Ibu, Bapa atau penjaga