INFO (ringkas) MARHALAH THANAWIYYAH
- MARHALAH THANAWIYYAH merupakan tahap pendidikan MENENGAH PERINGKAT TINGGI
- Di MDQ Marhalah Thanawiyyah merupakan pelajar dari TINGKATAN 4, 5, 6 & 6 atas, atau dalam bahasa arab (AWAL THANAWI, THANI THANAWI, THALITH THANAWI & RABI’ THANAWI)
- Sebagaimana kelas tahap I’dadi, kelas tahap thanawi juga diasingkan antara lelaki & perempuan
- Kepada sesiapa yang berminat, borang kemasukan boleh diisi secara online di www.mdarulquran.net.my atau klik sahaja DI SINI atau pergi ke pejabat MDQ (Tingkat 1 Masjid Rusila pada waktu pejabat (8:00am-1:00pm) untuk dapatkan borang bertulis
SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN BAGI MARHALAH THANAWIYYAH ADALAH SEPERTI BERIKUT:
- Ikhlas kerana Allah SWT untuk belajar di Maahad Darul Quran, Rusila, Terengganu (MDQ)
- Bagi AWAL & THANI THANAWI (Tingkatan 4 & 5) pemohon mestilah sudah menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Agama (SRA) atau Syahadah I’dadiyyah (Tingkatan 3) atau selayak dengannya.
- Bagi THALITH & RABI’ THANAWI (Tingkatan 6 & 6 atas) pemohon mestilah sudah menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Menengah (SPM) atau Sijil Menengah Agama (SMA) atau selayak dengannya.
- Lulus sesi TEMUDUGA TERBUKA yang diadakan oleh pihak Jabatan Pengambilan Pelajar Baru MDQ setiap penghujung tahun
- Mempunyai asas pengajian pendidikan dalam bahasa Arab (setaraf pencapaian), boleh membaca dan menulis Al Quran serta jawi dengan jelas dan betul
- BONUS boleh bertutur dalam Trio Bahasa (Bahasa Arab, Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris)
- Dan lain-lain
PERKARA YANG PERLU DIBAWA & DISERAHKAN SEMASA TEMUDUGA:
- Salinan Surat Beranak Pemohon
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan keputusan peperiksaan PMR, SPM, SRA, Syahadah I’dadiyyah (yang berkaitan dengan syarat)
- Salinan keputusan peperiksaan terakhir
- Salinan Surat atau Sijil Berhenti sekolah (terakhir)
- Salinan Kad Pengenalan Ibu, Bapa atau penjaga