Home » Menu » Menu Tetap » Kaedah Memohon & Menyemak Pengambilan Pelajar Baharu MDQ 2013

Kaedah Memohon & Menyemak Pengambilan Pelajar Baharu MDQ 2013

A) SYARAT & CARA PERMOHONAN MENDAFTAR ONLINE

i)   Sila Klik pada icon PENDAFTARAN PELAJAR untuk mengisi Borang Kemasukan Pelajar Baharu (BKPB)
ii)   Sila pastikan maklumat yang diisi lengkap, tepat, betul & benar bagi memudahkan proses BKPB dilaksanakan oleh Jabatan Pendaftaran Pelajar MDQ
iii)  Maklumat yang tidak lengkap, tepat, betul & benar menyebabkan borang tersebut tidak akan diproses atau ditolak
iv)  Piagam status setiap Peroses Permohonan adalah seperti berikut: ISI BORANG>PROSES / PENOLAKAN BORANG>TEMUDUGA>LULUS/GAGAL TEMUDUGA
>TAWARAN KEMASUKAN > PELAJAR
(akan mempunyai ID Pelajar setelah status sebagai pelajar)
v)  Segala Kemusykilan tentang Pendaftaran Pelajar Baharu di talian HOTLINE:019-9560076

 

B) SYARAT & CARA MENYEMAK STATUS PERMOHONAN

i)   Sila Klik pada icon SEMAKAN PENDAFTARAN untuk mengetahui status permohonan

ii)  Pemohon boleh mengedit semula BORANG PERMOHONAN ONLINE yang telah diisi sebelum 15 NOVEMBER 2012

  • Klik PENDAFTARAN PELAJAR (pada mainmenu) >pilih SEMAKAN PENDAFTARAN>taip NO KAD PENGENALAN PELAJAR>di bahagian edit permohonan (bawah sekali) klik>Maklumat Peribadi (Semak/Edit)

iii)  Jadual semakan status permohonan PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU MDQ 2013 adalah seperti berikut:

  • 15 NOVEMBER 2012 -BOLEH MENYEMAK STATUS SELEPAS MENGISI BORANG (PENOLAKKAN BORANG / PANGGILAN TEMUDUGA)
  • 24 & 25 NOVEMBER 2012 -BOLEH MENYEMAK STATUS SELEPAS TEMUDUGA (LULUS / TIDAK LULUS TEMUDUGA)
  • 26 NOVEMBER 2012 -BOLEH MENYEMAK STATUS TAWARAN KEMASUKKAN (PELAJAR BAHARU)
  • 1 JANUARI 2013 -BOLEH MENYEMAK STATUS SEBAGAI PELAJAR (DISAHKAN MENJADI PELAJAR DAN MEMILIKI ID PELAJAR MDQ)

iv)  Cara menyemak status hanya masukkan nombor kad pengenalan pemohon (pelajar) tanpa menaip simbol ( – ) atau jarak nombor

C) TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU MDQ 2013

i)  Tarikh TEMUDUGA TERBUKA adalah seperti berikut: 24 & 25 NOVEMBER 2012 (SABTU & AHAD)
ii)  Temuduga diadakan dua sesi berasingan iaitu:

  • PUSAT TEMUDUGA 1 (IDADIAH / THANAWIAH) di Pejabat Utama, Kompleks Utama MDQ (Tingkat 1 bersebelahan Masjid Rusila)
  • PUSAT TEMUDUGA 2 (TAHFIZ WADDIRASAT) di Kelas Tahfiz Lelaki (Tingkat bawah bersebelahan Masjid Rusila)

iii)  SYARAT ISTIMEWA UNTUK LEPASAN UPSRI (DAR-DAR) 2012 SAHAJA :

  • -Kepada lepasan pelajar daripada DAR-DAR dikehendaki menghantar borang pada hari dan tarikh TEMUDUGA TERBUKA di atas bagi tahun satu Aliran I’dadi.
  • -kepada lepasan pelajar daripada DAR-DAR yang ingin memasuki tahun satu aliran Tahfiz, pastikan mendapat sekurang-kurangnya 5A, baru boleh memohon dan hadir temuduga pada tarikh TEMUDUGA TERBUKA sebagaimana tertera di atas.

D) LAMPIRAN YANG PERLU DISEDIAKAN SEMASA DATANG PADA HARI TEMUDUGA & PENYERAHAN BORANG KEMASUKAN

i)    Salinan Surat Beranak Pelajar Baharu
ii)   Salinan Kad Pengenalan Pelajar Baharu
iii)   Salinan Keputusan UPSR / UPSRI Pelajar Baharu
iv)   Salinan keputusan peperiksaan terakhir Pelajar Baharu
v)   Salinan surat / sijil berhenti sekolah rendah & terakhir Pelajar Baharu
vi)   Salinan Kad Pengenalan ibu bapa atau penjaga pemohon (Pelajar Baharu)
vii)  Gambar ukuran paspot tidak diperlukan kerana pihak MDQ akan menyediakan proses tersebut