Home » Bahagian Berita » Berita Semasa » Pendaftaran Pelajar Sesi 2015 DiTUNDA
Pendaftaran Pelajar Sesi 2015 DiTUNDA

Pendaftaran Pelajar Sesi 2015 DiTUNDA

MAAHAD DARUL QURAN, RUSILA

KENYATAAN RASMI PENGETUA MDQ

Assalamualaikum wrbt.

Kepada semua Ibu Bapa, Penjaga, Pelajar & Seluruh Warga MDQ.

Berdasarkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan serta musibah banjir masih lagi sedang berlaku di seluruh negara terutama di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, maka dengan ini Pentadbiran MDQ telah mengambil keputusan dalam mesyuarat khas Pentadbiran MDQ pagi tadi (Isnin 29/12/2014) bahawa kesemua sesi pendaftaran pelajar 2015 ditangguhkan.

Oleh itu, Pendaftaran Pelajar Sesi 2015 ditunda kepada tarikh berikut;

i) PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2015
Hari : SELASA
Tarikh : 6 JANUARI 2015

ii) PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR (LAMA) SESI 2015 & HARI KECEMERLANGAN AKADEMIK 2014 (PERTEMUAN MURNI)
Hari : AHAD
Tarikh : 11 JANUARI 2015

 Pihak kami memohon kemaafan di atas kesulitan yang berlaku. Semoga Allah SWT memberi kerahmatan kepada kita semua.

¬†“Ke Arah Melahirkan Generasi Al Quran Yang Unggul”

Haji Yassin bin Salleh
Pengetua
Maahad Darul Quran, Rusila
29 Disember 2014